profile
HAKAM BLOGGER
contact archivefollow?
i saw the lights go down at the end of the scene *
Are you interested with the human rights issue? Come participated in this blog to discuss more about human right and sharing idea towards hos we can overcome this issues. Feel free to comment.
Human Rights
Friday, 11 March 2016 *


Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Pertemuan pertama dalam blog ini, saya akan terangkan tentang apa itu "HAK ASASI MANUSIA". walaupun ada sesetengah sudah mengetahui apa itu hak asasi manusia or 'human right' namun tak salah kalau saya nak terangkannya di sini. Menurut Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) atau United Nation (UN) mentakrifkan hak asasi manusia merupakan hak yang mutlak diberikan kepada semua bangsa tidak kira agama dan batasan negara tentang keadilan dan kesaksamaan yang nyata. Hak ini telah dipersetujui oleh negara-negara yang mengiktiraf piagam PBB tentang perlunya hak asasi manusia dalam kehidupan sejagat.

Namun realitinya hak ini masih lagi dianggap tidak relevan bila menyentuh soal kedaulatan sesebuah negara bangsa dan undang tubuh negara tersebut. Persoalannya timbul apabila isu-isu seperti pelarian dan pencerobohan yang berlaku bukan disebabkan dasar melindungi hak asasi manusia tapi lebih menjurus kepada kepentingan peribadi sesebuah pihak tersebut. Perkara tersebut saya akan ulaskan dalam entri yang akan datang.

sumber rujukan: https://maixelsh.wordpress.com/2011/02/21/hak-asasi-manusia-universal-declaration-of-human-rights-1948/

APA PENDIRIAN MALAYSIA DALAM HAK ASASI MANUSIA?

Malaysia merupakan salah satu negara yang menyokong piagam PBB mengenai hak asasi manusia. Namun bukan semua hal-hal yang disebutkan di dalam piagam tersebut diterima oleh negara kita disebabkan kita masih termaktub di dalam kedaulatan dan undang tubuh negara kita. Agensi SUHAKAM atau Suruhanjaya Hak Asasi Manusia merupakan agensi yang bertanggungjawab dalam memastikan isu-isu hak asasi manusia di dalam negara dikawal dan diatasi bagi mengelakkan sebarang 'agenda' yang tidak diingini berlaku.

Fungsi
 
SUHAKAM ditubuhkan di bawah Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999, Akta 597. Seksyen 2 Akta ini mentakrif “hak asasi manusia” sebagai merujuk kepada “kebebasan asas sebagaimana yang termaktub dalam Bahagian II Perlembagaan Persekutuan”.
Fungsi SUHAKAM sebagaimana dinyatakan dalam Seksyen 4(1) adalah:
  1. Untuk memupuk kesedaran dan menyediakan pendidikan yang berhubung hak asasi manusia;
  2. Untuk menasihati dan membantu Kerajaan dalam merumuskan perundangan dan arahan dan tatacara pentadbiran dan mengesyorkan langkah-langkah yang perlu diambil;
  3. Untuk mengesyorkan kepada Kerajaan berkenaan dengan penandatanganan atau penyertaan dalam perjanjian dan suratcara antarabangsa yang lain dalam bidang hak asasi manusia;
  4. Untuk menyiasat aduan berkenaan dengan pelanggaran hak asasi manusia.
 
Selain daripada itu, Seksyen 4(4) Akta berkenaan menegaskan bahawa hendaklah diberi perhatian berat kepada Pengisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat 1948 (UDHR) selagi Pengisytiharan itu tidak bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. Ini bermakna, apa jua hak dan kebebasan yang tidak disebut dalam Bahagian II tetapi ada dirujuk dalam UDHR mesti dipertimbangkan dengan syarat tidak ada percanggahan dengan Perlembagaan Persekutuan.
 
Fungsi menyiasat aduan berhubung dengan pelanggaran hak asasi manusia tertakluk kepada syarat yang dikenakan oleh Seksyen 12 Akta tersebut. Seksyen 12 memberi SUHAKAM kuasa memulakan sendiri penyiasatan terhadap tuduhan wujudnya pelanggaran hak asasi manusia, di samping bertindak berasaskan aduan yang dibuat kepadanya. Bagaimanapun, SUHAKAM tidak boleh menyiasat aduan yang menjadi perkara prosiding yang sedang menunggu keputusan mana-mana mahkamah undang-undang atau yang sudah diputuskan dengan muktamad oleh mahkamah. Penyiasatan mesti dihentikan sekiranya perkara yang sedang disiasat dibawa ke mahkamah.

Kuasa
 
Akta penubuhan telah memberi SUHAKAM kuasa yang membolehkannya menjalankan fungsinya dengan efektif. Di bawah Seksyen 4(2) dalam Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999, Akta 597, SUHAKAM diberikan kuasa:
  1. Untuk memupuk kesedaran mengenai hak asasi manusia dan untuk mengaku janji mengadakan penyelidikan dengan mengendalikan program, seminar dan bengkel dan untuk menyebarkan dan mengedarkan hasil penyelidikan itu;
  2. Untuk menasihati Kerajaan dan / atau pihak berkuasa yang berkaitan mengenai aduan terhadap pihak berkuasa dan mengesyorkan kepada Kerajaan dan / atau pihak berkuasa itu langkah-langkah sesuai yang hendaklah diambil;
  3. Untuk mengkaji dan menentusahkan apa-apa pelanggaran hak asasi manusia mengikut peruntukan Akta ini;
  4. Untuk melawat tempat tahanan mengikut tatacara yang ditetapkan oleh undang-undang yang berhubungan dengan tempat tahanan itu dan untuk membuat syor yang perlu;
  5. Untuk mengeluarkan pernyataan awam mengenai hak asasi manusia apabila perlu; dan
  6. Untuk mengaku janji apa-apa aktiviti sesuai lain yang perlu mengikut undang-undang bertulis yang berkuat kuasa, jika ada, berhubung dengan aktiviti itu.
 
 
Sebagai kesimpulannya, Malaysia masih lagi mengamalkan sifat berkecuali dalam menentukan hak asasi rakyatnya berdasarkan kepada perlunya mematuhi undang-undang tubuh negara. Perlaksanaan dan penolakkan sesuatu akta perlu disertakan dengan sebab munasabah bagi memastikan hak asasi tersebut masih lagi dipelihara dan dinikmati oleh rakyat khususnya. wallahu.
(c) Layout coded by Caye. Resources: one two three